CINTA
Aku ini bukanlah seorang yang mahir dan arif dalam bidang cinta ni. Tapi aku tahu la sedikit sebanyak tentang cinta tak banyak, sedikit sebanyak.
Pelbagai perihal boleh diceritakan bila saja cerita cinta ini dibuka. Cinta pada tuhan, Cinta pada alam semulajadi, Cinta pada manusia, Cinta pada kuasa, Cinta pada Wang dan juga Cinta pada diri sendiri (banyaklah lah lagi cintanya kalau dah bernama manusia itu)
Motif aku menulis tentang cinta ini adalah kerana aku telah pergi menonton sebuah pementasan rakanku dan rakan-rakannya baru baru ini di DBP.
Menarik.
4 naskah berbeza dipentaskan diatas satu pentas yang sama membawa satu tema yang sama.
Aku tidak lah pandai sangat meneliti tentang nilai-nilai sastera ke estatika tapi aku dapat rasa mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh para sutradara.
Apa yang aku dapat pada malam itu adalah segala cinta yang kita rasa boleh jadi mudarat, pada diri sendiri serta pada orang lain.
"bapak aku pernah cakap, kalau sayang sesuatu yang terlampau," - adib dari "Teruk"
ingat, buat sesuatu biar berpada-pada...
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 28, 2009
Manusia dan Kegilaan
Baru-baru ini, aku telah buat satu ujian personality dan ini natijahnya;
Bagi mereka yang tidak tahu jenis-jenis disorder ini, nah sedikit penjelasan (aku ambil yang bunyinya pelik-pelik):
memang aku narcissistic pun so what? aku ada masalah mental and aku mengaku ada masalah
ko?
| Disorder | Rating |
| Paranoid Disorder: | Moderate |
| Schizoid Disorder: | Low |
| Schizotypal Disorder: | High |
| Antisocial Disorder: | Moderate |
| Borderline Disorder: | Low |
| Histrionic Disorder: | Very High |
| Narcissistic Disorder: | Very High |
| Avoidant Disorder: | Moderate |
| Dependent Disorder: | Moderate |
| Obsessive-Compulsive Disorder: | Moderate |
-- Personality Disorder Test - Take It! -- -- Personality Disorders -- | |
Bagi mereka yang tidak tahu jenis-jenis disorder ini, nah sedikit penjelasan (aku ambil yang bunyinya pelik-pelik):
- Schizoid - Lebih gemar bersendiri dan tidak banyak menunjukkan sebarang emosi.
- Schizotypal - keadaan dimana seseorang itu mempunyai cara pemikiran dan peneriamaan yang berbeza dari norma. Kebiasaannya lebih gemar memulaukan diri. Percaya bahawa mempunyai kelebihan sensory boleh mengaikan diri mereka dengan sesuatu perkara yang lain.Ada masalah konsentrasi.
- Histrionic - Keadaan dimana seseorang itu gemar akan perhatian dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapat perhatrian. Manipulatif dan percaya yang semua orang sayang akan dia.
- Narcissistic - Keadaan yang sering dikaitan dengan mementingkan diri. Tidak jauh berbeza dari Histrionic cuma tidak peduli perasaan orang lain bahkan mengambil kesempatan keatas mereka.
- Avoidant - Keadaan dimana seseorang itu takut untuk bersosial. Sering bermimpi untuk menjadi sebahagian dari suatu masyarakat tapi takut untuk menjadi sebahgaian. Rendah keyakinan diri.
memang aku narcissistic pun so what? aku ada masalah mental and aku mengaku ada masalah
ko?
Tuesday, January 27, 2009
Cinta Si Layang-Layang
Penah ku katakan padamu dahulu,
"Lihat lelayang itu sayang, tinggi melayang ia terbang.
Sungguh berani, tidak gentar olehnya akan angin dan ketinggian,"
Begitulah cinta kita megah dan indah dilihat dan dirasa dihati kita,
Juga kukatakan padamu,
"Begitu juga kasih kita, seperti sang lelayang,
terbang tinggi namun,
tetap melata dibumi,
tidak bermimpi".
Sungguh benar kataku, hanya jujur tiada yang palsu.
Lagi ku ungkapkan,
"Seperti lelayang sayangku,
Talinya usah direntap, usah diragut sayang,
kerana,
Jika putus talinya,
terbanglah ia, jauh dari pandangan,
Liuk lentiklah jari jemari kita,
menolak menarik talinya
agar sentiasa ia di langit namun tetap milik kita."
Ingatlah sayangku,
Ku bukan sempurna seperti Malaikat dari Firdausi,
Ku hanya Insani yang kekurangan serba dan serbi.
Thursday, January 22, 2009
Manusia dan Ilmu
Hari ni aku ada kelas pukul 8:30 pagi
(aku dah kuatkan azam untuk tidak mengeluh jika aku memulakan entry dengan perkataan kelas...)
Kelas pagi ni di kenali sebagai the "Deep Class" atau kelas "Makan Dalam" bukan makan dalam sindir tapi makan dalam yang penuh dengan pengisian.
Pengisian.
basically, dalam kelas ni kami berdebat (tak sangat pun) mengenai isu isu semasa dalam dunia pendidikan. To some this whole idea of debating and what not is rather boring and pointless. Tapi pada aku, kelas ini sangat interesting sebab kita diberi peluang untuk bercakap pasal apa saja yang sewaktu dengannya. Lecturernya juga begitu passionate dalam menyebarkan ilmu dan pengetahuannya.
Lompat (sorry ye elly aku pinjam sistem lompat ni)
Recently dalam usaha aku mencuci sawang-sawang didalam otak aku nie, aku pun cuba untuk membaca sesuatu bahan telaah yang kononnya ilmiah la.
key word: kononnya
jadi dalam merealisasikan impian aku untuk memiliki sawang free otak, aku pun beli la buku hasil tulisan Farish A. Noor, tajuk dia; Di Balik Malaysia; Dari Majapahit ke Putrajaya.
Awalnya aku sangat enjoy baca buku ni, sebab ia berkisar tentang dunia PES (politik, ekonomi, sosial) Malaysia namun, ia digarap dengan baik dimana, penulis memautkan unsur sejarah dan hikayat-hikayat melayu seperti hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Indera Jaya, Hikayat Abdullah dan pelbagai hikayat lagi, (so far, hikayat malim deraman tak jumpa lagi la). Cuma, sampai ke beberapa bab, aku sering tertidur-tidur bila membaca buku ini.
Tertidur-tidur.
Jangan salah faham, aku tertidur bukan sebab bukunya bosan, tetapi mungkin aku terlalu ambitious dalam mencuci sawang-sawang di otak ku ini. Seleah beberapa hari aku membaca, aku telah membuat satu kesimpulan.
buku ini terlalu berat bagi otak aku.
tapi tak pe, aku akan pastikan aku akan habiskan buku ini juga, by hook or by crook.
Lompat balik ke topik asal.
So, dalam pendebatan itu, aku telah memetik kata-kata dari buku yang aku ceritakan tadi.
Nampaknya, tak sia-sia la aku beli dan baca buku tu (walaupun tertidur-tidur).
moralnya ilmu ni, datang dalam pelbagai cara, meskipun ia membuatkan kita tertidur, namun ia tetap memberi makna.
bak akata seorang ilmuan (lupa nama dia)
"ilmu adalah ketibaan makna"
tak de makna maknanya tak de ilmu.
ada paham?

Friday, January 16, 2009
tiba masanya
baiklah anak-anak, tibalah masanya untuk kita bersajak lagi...
Bukan itu, katamu ibu,
Ku mahu itu, katamu di hari itu,
Aku terbelenggu antara pilihanmu dan keinginanku.
Mana pergimu, tanya ayahku,
Aku tak tahu, jawabku malu,
Dengan kecewa, dia pun berlalu.
Aku perlu itu, katamu kasihku,
Itu tidak perlu, tegah hatiku padamu,
Aku jadi tidak tahu dalam tidak atau perlu.
Kau haru tahu, dengus jiwaku,
aku membatu, terus terbisu,
menjadi dungu di hari itu.
Moralnya anak-anak; ketahuilah apa yang kita mahu agar kita tidk menjadi lalang yang ditiup angin.
Thursday, January 15, 2009
manusia dan cekadak*
Aku ni manusia, kita semua manusia,
manusia yang tidak dapat lepas lari dari cekadak,
aku selalu perasan sesuatu...
kita sebagai manusia yang dikurniakan akal ni,
ada je benda yang nak di kompelinkan,
Contoh 1: Cuaca
Situasi A: Hari panas: Haduh... panasnya.... menyampah aku. Bila la nak hujan ni?
Situasi B: Hari Hujan: Aiseh, hujan la pulak, macam mana aku nak sidai kain aku yang ada tiga baldi tu?
Contoh 2: Jalan Raya Situasi A: Jalan Jem: Aduh, tension aku jalan jem ni, time nak cepat la jalan jem pulak.
Situasi B: Jalan Clear: Eh? Heran aku... kenapa jalan clear pulak nie?
Contoh 3: Status Situasi A: Single: Hai... bila la aku nak ada partner? bosan hidup single nie...
Situasi B: Berpasangan: Hisy, runsing aku, itu tak boleh ini tak boleh, kan best kalau single.
Contoh 4: Kerjaya Situasi A: Berkerja: Hisy.... bosan la... balik-balik benda yang sama. menci aku... kan senang kalau tak kerja.
Situasi B: Menganggur: Aduh, macam ne aku nak dapat keje ni... duit tada... mak bising... AKU NAK KERJA!
itu adalah beberapa contoh manusia dan cekadaknya. macam-macam lagi. aku pun hairan.
ini membuatkan aku menggaruk-garuk kepala aku.
kenapa la manusia ni banyak sangat cekadaknya?
orang nak tolong kasi senang pun banyak *peelnya.
sudah la... aku menulis macam ni pun sudah dikira bercekadak. Bagi mengelakkan aku lebih banyak bercekadak dan menimbulkan kerunsingan orang lain, baik aku noktahkan catatan aku ini.
fikirkanlah, kenapa kita ni banyak sangat cekadaknya?
*cekadak = col. v. hal, kerenah
*peel = n. kerenah juga

Wednesday, January 14, 2009
masih jauh
aku bermimpi tadi,
aku berdiri di satu landasan,
aku melihat masih jauh perjalananku,
jenuh ke merenung,
di mana destinasi perjalananku.
Aku mula gusar dan bimbang,
kebimbangan meruap-ruap,
aku sedar tiada siapa di stesen,
aku sendiri...
Aku ingin kembali,
tetapi aku kini berada diantara
destinasiku dan halamanku,
aku lebih gusar,
tiketku tertulis
"sehala"
aku tidak mahu jauh dari halaman,
namun aku tertarik untuk ke sana...
harus bagaimana?
aku pun terjaga...
aku berdiri di satu landasan,
aku melihat masih jauh perjalananku,
jenuh ke merenung,
di mana destinasi perjalananku.
Aku mula gusar dan bimbang,
kebimbangan meruap-ruap,
aku sedar tiada siapa di stesen,
aku sendiri...
Aku ingin kembali,
tetapi aku kini berada diantara
destinasiku dan halamanku,
aku lebih gusar,
tiketku tertulis
"sehala"
aku tidak mahu jauh dari halaman,
namun aku tertarik untuk ke sana...
harus bagaimana?
aku pun terjaga...
Subscribe to:
Posts (Atom)