“Kau dah kenapa syaitan? Tak reti nak panggil aku elok-elok?” kata Hasbi kepada Rashid.
“Ek ele… kau depan awek control macho. Poyo je. Ha kul brapa nak balik ni? Dah pukul dekat nak pukul 12:30 ni”
“Oh baru kau tau dah dekat pukul 12:30 malam…. Tadi time kau merendek bukan main lagi tak ingat dunia.” Balas Hasbi. “Tunggu jap”
Apabila Hasbi memusingkan dirinya ke arah meja yang diduduki olehnya tadi, Natasha sudah tiada di situ. Puas Hasbi mencari sejauh matanya mampu kalau-kalau dapat menangkap kelibat gadis ayu itu tadi.
Namun, hampa.
“Kau punya pasal la ni Shid. Kalau kau tau sabar sikit, tak la aku melepas!” bentak Hasbi.
“Aku pulak? Kalau aku jadi kau, awal-awal lagi aku dah mintak nombor telefon dia… tak pun facebook dia. Bajet gentlemen sangat kau pun.” Balas Rashid.
“Dah… tadi kau nak balik sangat kan? Jom! Kita carik Linda dulu la kot kang esok dia maki kita balik tak bagitau dia” kata Hasbi.
Setelah bertemu Linda, kedua mereka pulang ke rumah.
Sepanjang perjalanan pulang, fikiran Hasbi masih terawang-awang mengingatkan detik-detik bersama Natasha tadi. Sempat juga dia bertanya beberapa soalan seperti asal dari mana, berkerja di mana dan beberapa soalan-soalan rawak berkenaan dirinya.
Ternyata anak gadis kelahiran Gombak itu berjaya menawan hati Hasbi.
“Dia kerja dekat Petaling Jaya, tapi lupa pulak aku nak tanya nama company dia” bual Hasbi dengan dirinya sendiri.
“Apesal la aku tak tanya si Linda pasal Natasha tadi?”
“Tak pe, tak pe… balik karang aku CSI dengan si Linda”
Senyuman kecil terukir dihujung bibir Hasbi memikirkan rancangannya itu tadi.
Setibanya di rumah dan sesudah mandi, Hasbi menggapai telefon bimbitnya dan menelefon Linda.
“Toot toot…. Toot toot…”
Beberapa kali nada panggilan itu bermain-main ditelinga Hasbi, namun tiada jawapan.
“Minah di dah tido la kot, tak pun tengah projek. Tak pe Hasbi, tak ke mana Linda tu, esok je kau telefon dia.”
Hasbi pun melabuhkan dirinya ke atas tilam dan melelapkan matanya. Berharap agar wanita yang berjaya menawan hatinya itu tadi akan datang menghiasi mimpinya malam ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Gelap.
Gelita.
Dia yang masih duduk diatas hud keretanya itu seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya didalam emel yang diterimanya itu tadi. Dimuat turun gambar-gambar tersebut dan ditenung dan diamatinya betul-betul.
Jelas sekali wanita itu adalah Natasha.
Jelas sekali wanita itulah yang akan dinikahinya minggu hadapan.
Apa yang tidak jelas adalah apa yang dilihat didalam gambar tersebut.
Apa yang tidak jelas adalah apa yang dilakukan oleh Natasha didalam gambar tersebut.
Jantungnya masih berdegup kencang dan kepalanya juga berdenyut memikirkan apakah tindakan yang harus diambil seterusnya.
“Astaghfirullah, what am I seeing? What are you doing Sha? Why did you do it?”
Hasbi menyimpan telefonnya kedalam koceknya dan memasuki kereta.
Dia menghidupkan enjin dan dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar.
Selepas mengumpul kekuatannya, Hasbi memulakan perjalanannya pulang ditemani seribu satu seoalan dan pertanyaan.