Friday, March 13, 2015

Bukan Untuk Mu

1.

Hasbi masih terbaring di atsa tilam queen sizenya. Telefon bimbit terbiar disisinya masih panas dari perbualan yang baru diselesaikan tadi.

Masih terngiang-ngiang di telinganya setiap baris ayat dari si pemanggil.

I heard you are going to tie the knot with Natasha. Before you do it, Lemme tell you something, dia sebenarnya dah berpunya. You heard that right. She’s taken. You might think you know her but you actually don’t

Putus.

Hasbi tidak dapat mengecam pemilik suara tersebut. Tidak mungkin kawan-kawannya yang sememangnya suka berseloroh. Tapi tidak begini dan tidak berkenaan hubungannya dengan Natasha.

Diam.

Sunyi.

Ditatapnya bilah-bilah kipas yang berdaki ligat berputar memberikan udara yang nyaman buat penghuni bilik itu.

Bunyi jarum jam biliknya memenuhi segenap ruang bilik Hasbi.

Tik tok. Tik tok. Tik tok.

Bunyi tersebut seakan-akan mengejek Hasbi yang dalam kebingungan.

“Siapa kau? Apa kau nak?” terdetak soalan soalan tersebut yang tidak sempat diajukan kepada pemanggil misteri itu.

“I should have not answered that call. Kau dah biasa tak private number yang kau gatal nak jawab pasal pe Bi?” detus suara dari mindanya.

Teka teki yang tiada jawapan bukanlah satu kegemaran Hasbi.

Hasbi menggapai telefon bimbitnya dan ditatapi telefon tersebut.

“Should I call her about this? Should I meet her up? Shit I hate this”

Hasbi membuka applikasi galeri foto telefonnya dan memilih gambar terbaru bersama tunangannya, Natasha.

What sort of secrets are you keeping from me Sha? What sort of games are we playing?”

Hanya tinggal seminggu sahaja sebelum hari yang paling bermakna buat Hasbi dan Natasha dan ini tidak membantu langsung.

“You might think you know her but you actually don’t” suara it terus mengisi tengkorak kepala Hasbi.


Segalanya bermula empat tahun yang lalu.

Satu pertemuan yang tidak diduga yang akhirnya membuka satu lembaran baru buat dua jiwa di sebuah kota metropolitan.

Hasbi menerima jemputan ke sebuah majlis harijadi sahabatnya Linda di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Biasalah bila berkawan dengan socialites ni majlis-majlis sambutan mesti dibuat di tempat-tempat yang standard, tak mainlah sambut birthday di restoran-restoran picisan apatah lagi sekadar menyambutnya di rumah.

Hasbi sudah terbiasa dengan majlis-majlis seperti ini walaupun ia tidak sebati dengan jiwanya yang lebih gemarkan majlis yang lebih intim bersama rakan-rakan terdekat. Namun, bagi memenuhi permintaan seorang kawan, Hasbi hanya menurut. Mujurlah ada Rashid yang sememangnya suka majlis-majlis sebegini.

Senang nak score chicks katanya.

Jadi Hasbi dan Rashid pun tibalah di dewan utama hotel berkenaan. Bertemakan masquerade, setiap tetamu yang hadir menutup wajah mereka dengan topeng ala-ala zaman Victorian

Si lelaki segak bersut dan si gadis cukup anggun bergaun.

Rashid jadi tidak tentu hala melihat gadis-gadis bergaun yang memenuhi dewan itu.
Hasbi hanya buat selamba. Lapar sebenarnya kerana dia memilih untuk menjimat perut demi majlis ini.

You jangan makan tau before datang party I, banyak makanan I order. I know you love food and I want you to eat all the food yang ada kat party I tu,” Hasbi masih teringat pesanan Linda sewaktu menerima jemputan ke majlis tersebut. “Oh and please dress nicely, kuasa la aku tengok kau selebet selebet,” tambah Linda.

Sepanjang majlis tersebut, Hasbi hanya berdiri melihat keadaan sekeliling dan sekali-sekala akan berbual-bual dengan kenalan-kenalannya yang hadir di majlis itu. Rashid telah hilang entah ke mana. Kali terakhir kelihatan Rashid cuba mengorat seorang awek panasian namun selepas itu Rashid hilang dari pandangan.

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Rashid hilang entah ke mana dan Hasbi sudah mula rimas dengan keadaan sekeliling.

“Lagi setengah jam kalau si setan ni tak muncul aku blah” bisik Hasbi kepada dirinya sendiri.

Hasbi menuju ke sebuah meja kosong di hujung dewan dan memilih untuk menetap disitu untuk setengah jam yang berikutnya.

Sebaik sahaja Hasbi melabuhkan punggungnya diatas kerusi empuk tersebut, dia disapa oleh satu suara yang tidak dikenali dari belakangnya.

I know you might bored or tired but please this seat is taken.”

Terkejut, Hasbi lantas bangun dan menoleh ke arah suara tersebut.

Oh sorry, I didn't notice
Its okay, this party is a drab. I don’t know why I agreed to come. Oh by the way, Natasha

Gadis tersebut menghulurkan tangannya untuk berjabat.


Hasbi menyambut sambil berkata, “Hasbi”.

Episode 2 coming out on Saturday (14/03/15) at 5:30 pm

----------------------------------------------------------------------------------

This is my first attempt in writing a Malay fiction stories. I don't know if this might go on or it might just end here.

Any comments good or bad are always welcomed.

A novice who just wants to try things out. 


No comments: