Saturday, March 14, 2015

Bukan Untuk Mu: Dua

2.

“Shid! Cepat lah hoi! Bersiap macam perempuan!” Tempik Hasbi kepada Rashid yang masih berhias di dalam biliknya.

“Ye lah ye lah! Membebel macam mak aku lah kau ni!” Bebel Rashid sambil menuju ke arah pintu rumah.

Sepanjang perjalanan ke pejabat, minda Hasbi masih ligat memikirkan kejadian malam tadi.

Panggilan misteri yang menghantui tidur malamnya.

Ingin dikongsikan dengan Rashid kejadian tersebut, namun Hasbi merasakan bahawa belum tiba masanya untuk rakannya itu mengetahui apa yang berlaku.

Di pejabat, Hasbi tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek yang sedang diketuainya.

Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan; projek jambatan baru di Kelantan, persiapan majlis perkahwinannya, dan terbaru si pemanggil misteri.

Namun, sebagai seorang yang professional, Hasbi cuba sedaya upaya untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya keatas projek tersebut sepanjang berada di pejabat.

Sedang Hasbi menumpukan perhatiannya, konsentrasinya terganggu.

“Bi! You okay ke? I Nampak you macam kusut je… anything wrong?” tegur Joyce.

Joyce merupakan antara beberapa rakan pejabat yang cukup rapat dengan Hasbi maklum la kedua-duanya pernah belajar di Universiti yang sama dahulu.

“Eh Joyce. Wah... you’re that good ah? Sampai tengok muka I pun you tau I okay ke tak.” Balas Hasbi.

Of course la… Kalau hero Malaya yang sorang ni gloomy, satu KL gelap tau,” seloroh Joyce.

Plus we have known each other for so long, of course I would know if something is bother you,” tambah Joyce lagi.

Hasbi hanya diam seribu bahasa. Rasa bersalah sama ada mahu dikongsikan atau tidak perkara yang membelenggu mindanya sejak malam tadi.

So… are you going to tell me or what?” Joyce sudah mula hilang sabar.

“Eh ah moi… sabar la. Later we talk okay? Over dinner, maybe? Invite la Brad sekali. I think I might need his brain too.” Balas Hasbi.

Sure. Dinner it is” Joyce tersenyum dan berlalu.

Joyce dan Brad adalah beberapa sahabat Hasbi yang cukup rapat dengannya. Sungguhpun mereka dari berlainan bangsa, namun itu bukan alasan untuk mereka tidak menjadi sahabat.

Malam tersebut, Hasbi, Joyce dan Brad berjumpa di lokasi yang selalu mereka tuju untuk berbincang sambil menikmati makan malam.

Hasbi menceritakan segalanya kepada Joyce dan Brad.

“So you trust this person?” Tanya Brad.

Well… I don’t know. He, she, it… sounded legit, tho” Jawab Hasbi.

“Wait, what do you mean by he, she, it? U tak tau ke itu suara perempuan ke lelaki ke?” Soal Joyce pula.

“Suara dia ada macam perempuan sikit, tapi macam lelaki pun ada. Plus kami bukan borak sangat pun pasal mak ayah dia ke favourite food dia ke.” Balas Hasbi.

Chill… x perlu defensive okay?” kata Joyce sambil ketawa kecil.

Now what should I do?” Tanya Hasbi dengan nada yang lebih serius.

Look Bi, you have about a week to get married. Do you think this sort of nonsense is worth your 
time? You don’t even know this person. Yes he, she or whatever this person is, might sound legit but, we don’t know that for sure. You’ve known Tasha for four years and don’t tell me your trust in her has shaken just because of this?” ceramah Brad.

Hopeless romantic pak tor kau ni Joye” Balas Hasbi berseloroh.

“Mesti lah! But, he is right, you’ve been with Tasha for four years now, takkan la pasal benda ni kau nak doubt dia. Come on la Bi.” Hujah Joyce menguatkan lagi pernyataan teman lelakinya tadi.

Well I guess you’re right, takkan la aku nak call it off just because of this thing kan?” kata Hasbi.
Sesi makan malam diteruskan lagi dengan perbualan berkenaan kerja, dan perancangan Hasbi untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sesudah selesai, Joyce dan Brad pulang berdua dan Hasbi menuju ke keretanya sendiri. Sebelum tiba di kereta, telefon bimbit Hasbi berdering, menandakan ada emel yang baru masuk ke kotak melnya.
Hasbi menelek skrin telefonnya dan tertera;

New email from: annonymousme@gmail.com, subject: Hasbi, you might want to see this

Menyangka itu hanya spam, Hasbi memilih untuk mengabaikan emel tersebut. Namun apabila dibaca subject tersebut dan kelihatan namanya tertera, Hasbi dengan segera membuka mel tersebut.

Menggeletar, Hasbi menatap gambar-gambar yang terkandung didalam mel elektronik tersebut.

Hasbi terduduk diatas hud keretanya sambil meneliti gambar-gambar tersebut dalam keadaan tidak percaya.


---- bersambung --- 
Episode 3 will be published on Sunday (15/3/2015) 4:30 pm
If you missed the first episode, you can read it here Bukan Untuk Mu

No comments: