Sunday, March 15, 2015

Bukan Milik Mu: Tiga

3.
Senyuman manis yang diberikan oleh Natasha membuat jantung Hasbi berdegup kencang. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan sebegini selepas pemergian arwah kekasihnya yang meninggal akibat barah otak kira-kira 3 tahun lalu. Semenjak dari itu, Hasbi memilih untuk tidak membuka hatinya untuk mana-mana gadis sekalipun.

Hasbi dan Natasha berbual sepanjang majlis tersebut sehingga tempoh masa 30 minit yang diberikan kepada Rashid dibiarkan berlalu. Masa dirasakan bergerak dengan perlahan. Setiap gerak rambut Natasha seperti beralun dalam gerak slow-motion. Sesekali Hasbi memerhati dua bola mata milik gadis Melayu berambut ikal mayang itu. Hidungnya yang terletak dan bibirnya yang merah itu membuat jiwa Hasbi yang lama terbiar kembali berbunga. Kata-kata dari bibir Natasha seolah-olah musik mahakarya indah gubahan Mozart atau Beethoven. Lamunannya terbantut apabila terdengar satu suara yang amat menyakitkan hati.

“Hoi, Hasbi!” sergah Rashid.

“Excuse me…” kata Hasbi kepada Natasha dengan nada sedikit kesal dan bergerak ke arah Rashid.

“Kau dah kenapa syaitan? Tak reti nak panggil aku elok-elok?” kata Hasbi kepada Rashid.

“Ek ele… kau depan awek control macho. Poyo je. Ha kul brapa nak balik ni? Dah pukul dekat nak pukul 12:30 ni”

“Oh baru kau tau dah dekat pukul 12:30 malam…. Tadi time kau merendek bukan main lagi tak ingat dunia.” Balas Hasbi. “Tunggu jap”

Apabila Hasbi memusingkan dirinya ke arah meja yang diduduki olehnya tadi, Natasha sudah tiada di situ. Puas Hasbi mencari sejauh matanya mampu kalau-kalau dapat menangkap kelibat gadis ayu itu tadi.

Namun, hampa.

“Kau punya pasal la ni Shid. Kalau kau tau sabar sikit, tak la aku melepas!” bentak Hasbi.

“Aku pulak? Kalau aku jadi kau, awal-awal lagi aku dah mintak nombor telefon dia… tak pun facebook dia. Bajet gentlemen sangat kau pun.” Balas Rashid.

“Dah… tadi kau nak balik sangat kan? Jom! Kita carik Linda dulu la kot kang esok dia maki kita balik tak bagitau dia” kata Hasbi.

Setelah bertemu Linda, kedua mereka pulang ke rumah.

Hasbi tidak mahu Rashid memandu kerana dia tau Rashid telah mengambil sedikit alkohol sewaktu di majlis itu tadi, walaupun Rashid menafikan perkara itu sekeras-kerasnya, sekeras bau alkohol yang menyelubungi mulutnya itu.

Sepanjang perjalanan pulang, fikiran Hasbi masih terawang-awang mengingatkan detik-detik bersama Natasha tadi. Sempat juga dia bertanya beberapa soalan seperti asal dari mana, berkerja di mana dan beberapa soalan-soalan rawak berkenaan dirinya.

Ternyata anak gadis kelahiran Gombak itu berjaya menawan hati Hasbi.

“Dia kerja dekat Petaling Jaya, tapi lupa pulak aku nak tanya nama company dia” bual Hasbi dengan dirinya sendiri.

“Apesal la aku tak tanya si Linda pasal Natasha tadi?”

“Tak pe, tak pe… balik karang aku CSI dengan si Linda”

Senyuman kecil terukir dihujung bibir Hasbi memikirkan rancangannya itu tadi.

Setibanya di rumah dan sesudah mandi, Hasbi menggapai telefon bimbitnya dan menelefon Linda.

“Toot toot…. Toot toot…”

Beberapa kali nada panggilan itu bermain-main ditelinga Hasbi, namun tiada jawapan.

“Minah di dah tido la kot, tak  pun tengah projek. Tak pe Hasbi, tak ke mana Linda tu, esok je kau telefon dia.”

Hasbi pun melabuhkan dirinya ke atas tilam dan melelapkan matanya. Berharap agar wanita yang berjaya menawan hatinya itu tadi akan datang menghiasi mimpinya malam ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hasbi merasakah seolah-olah dunianya berpusing terlalu laju. Dia merasakan dirinya bagai berada di tengah-tengah rebut raufan yang sangat ganas. Kelam malam itu, seakan lebih dari biasa.

Gelap.

Gelita.

Dia yang masih duduk diatas hud keretanya itu seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya didalam emel yang diterimanya itu tadi. Dimuat turun gambar-gambar tersebut dan ditenung dan diamatinya betul-betul.

Jelas sekali wanita itu adalah Natasha.

Jelas sekali wanita itulah yang akan dinikahinya minggu hadapan.

Apa yang tidak jelas adalah apa yang dilihat didalam gambar tersebut.

Apa yang tidak jelas adalah apa yang dilakukan oleh Natasha didalam gambar tersebut.

Jantungnya masih berdegup kencang dan kepalanya juga berdenyut memikirkan apakah tindakan yang harus diambil seterusnya.

Astaghfirullah, what am I seeing? What are you doing Sha? Why did you do it?

Hasbi menyimpan telefonnya kedalam koceknya dan memasuki kereta.

Dia menghidupkan enjin dan dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan beristighfar.

Selepas mengumpul kekuatannya, Hasbi memulakan perjalanannya pulang ditemani seribu satu seoalan dan pertanyaan.

Hasbi cukup tidak menggemari persoalan yang tiada jawapan.

Pelangi Petang

The late Sudirman Hj. Arshad is a very talented person and he is among the few people that i can call entertainer.

Banyak lagu-lagu almarhum yang menjadi hit dan siulan sehingga ke hari ini. Malahan ada jua musikal yang dipentas bertemakan lagu-lagu almarhum.

Among the many songs that Sudirman sang throughout his lifetime, one song touches me every single time i listen to it.

Pelangi Petang.

I am sure korang semua tahu lagu ni.

Tak tahu kenapa tapi setiap kali mendengar lagu ini, hati aku rasa sayu.
Mungkin penghayatannya yang sangat tinggi membuatkan pendengar (in this case me) terbawa dengan bait-bait lagu ini.

To me, everyone is like Pelangi Petang people come and go. People come into our lives, makes that pahse of our life wonderful and then leave.
We come into someone's life, fills it up with colors and go.

Coming and leaving balances our life.
Yang datang harus pergi, yang hidup harus mati, and so on and so forth.

Don't cry or fret over those who leaves us. Instead be grateful that they were part of your life and teaches you something.

Question is; how meaningful have we made our presence in others' life?

Have a good life.

Saturday, March 14, 2015

Bukan Untuk Mu: Dua

2.

“Shid! Cepat lah hoi! Bersiap macam perempuan!” Tempik Hasbi kepada Rashid yang masih berhias di dalam biliknya.

“Ye lah ye lah! Membebel macam mak aku lah kau ni!” Bebel Rashid sambil menuju ke arah pintu rumah.

Sepanjang perjalanan ke pejabat, minda Hasbi masih ligat memikirkan kejadian malam tadi.

Panggilan misteri yang menghantui tidur malamnya.

Ingin dikongsikan dengan Rashid kejadian tersebut, namun Hasbi merasakan bahawa belum tiba masanya untuk rakannya itu mengetahui apa yang berlaku.

Di pejabat, Hasbi tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap projek yang sedang diketuainya.

Terlalu banyak perkara yang perlu difikirkan; projek jambatan baru di Kelantan, persiapan majlis perkahwinannya, dan terbaru si pemanggil misteri.

Namun, sebagai seorang yang professional, Hasbi cuba sedaya upaya untuk memberikan tumpuan yang sepenuhnya keatas projek tersebut sepanjang berada di pejabat.

Sedang Hasbi menumpukan perhatiannya, konsentrasinya terganggu.

“Bi! You okay ke? I Nampak you macam kusut je… anything wrong?” tegur Joyce.

Joyce merupakan antara beberapa rakan pejabat yang cukup rapat dengan Hasbi maklum la kedua-duanya pernah belajar di Universiti yang sama dahulu.

“Eh Joyce. Wah... you’re that good ah? Sampai tengok muka I pun you tau I okay ke tak.” Balas Hasbi.

Of course la… Kalau hero Malaya yang sorang ni gloomy, satu KL gelap tau,” seloroh Joyce.

Plus we have known each other for so long, of course I would know if something is bother you,” tambah Joyce lagi.

Hasbi hanya diam seribu bahasa. Rasa bersalah sama ada mahu dikongsikan atau tidak perkara yang membelenggu mindanya sejak malam tadi.

So… are you going to tell me or what?” Joyce sudah mula hilang sabar.

“Eh ah moi… sabar la. Later we talk okay? Over dinner, maybe? Invite la Brad sekali. I think I might need his brain too.” Balas Hasbi.

Sure. Dinner it is” Joyce tersenyum dan berlalu.

Joyce dan Brad adalah beberapa sahabat Hasbi yang cukup rapat dengannya. Sungguhpun mereka dari berlainan bangsa, namun itu bukan alasan untuk mereka tidak menjadi sahabat.

Malam tersebut, Hasbi, Joyce dan Brad berjumpa di lokasi yang selalu mereka tuju untuk berbincang sambil menikmati makan malam.

Hasbi menceritakan segalanya kepada Joyce dan Brad.

“So you trust this person?” Tanya Brad.

Well… I don’t know. He, she, it… sounded legit, tho” Jawab Hasbi.

“Wait, what do you mean by he, she, it? U tak tau ke itu suara perempuan ke lelaki ke?” Soal Joyce pula.

“Suara dia ada macam perempuan sikit, tapi macam lelaki pun ada. Plus kami bukan borak sangat pun pasal mak ayah dia ke favourite food dia ke.” Balas Hasbi.

Chill… x perlu defensive okay?” kata Joyce sambil ketawa kecil.

Now what should I do?” Tanya Hasbi dengan nada yang lebih serius.

Look Bi, you have about a week to get married. Do you think this sort of nonsense is worth your 
time? You don’t even know this person. Yes he, she or whatever this person is, might sound legit but, we don’t know that for sure. You’ve known Tasha for four years and don’t tell me your trust in her has shaken just because of this?” ceramah Brad.

Hopeless romantic pak tor kau ni Joye” Balas Hasbi berseloroh.

“Mesti lah! But, he is right, you’ve been with Tasha for four years now, takkan la pasal benda ni kau nak doubt dia. Come on la Bi.” Hujah Joyce menguatkan lagi pernyataan teman lelakinya tadi.

Well I guess you’re right, takkan la aku nak call it off just because of this thing kan?” kata Hasbi.
Sesi makan malam diteruskan lagi dengan perbualan berkenaan kerja, dan perancangan Hasbi untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Sesudah selesai, Joyce dan Brad pulang berdua dan Hasbi menuju ke keretanya sendiri. Sebelum tiba di kereta, telefon bimbit Hasbi berdering, menandakan ada emel yang baru masuk ke kotak melnya.
Hasbi menelek skrin telefonnya dan tertera;

New email from: annonymousme@gmail.com, subject: Hasbi, you might want to see this

Menyangka itu hanya spam, Hasbi memilih untuk mengabaikan emel tersebut. Namun apabila dibaca subject tersebut dan kelihatan namanya tertera, Hasbi dengan segera membuka mel tersebut.

Menggeletar, Hasbi menatap gambar-gambar yang terkandung didalam mel elektronik tersebut.

Hasbi terduduk diatas hud keretanya sambil meneliti gambar-gambar tersebut dalam keadaan tidak percaya.


---- bersambung --- 
Episode 3 will be published on Sunday (15/3/2015) 4:30 pm
If you missed the first episode, you can read it here Bukan Untuk Mu

Friday, March 13, 2015

Bukan Untuk Mu

1.

Hasbi masih terbaring di atsa tilam queen sizenya. Telefon bimbit terbiar disisinya masih panas dari perbualan yang baru diselesaikan tadi.

Masih terngiang-ngiang di telinganya setiap baris ayat dari si pemanggil.

I heard you are going to tie the knot with Natasha. Before you do it, Lemme tell you something, dia sebenarnya dah berpunya. You heard that right. She’s taken. You might think you know her but you actually don’t

Putus.

Hasbi tidak dapat mengecam pemilik suara tersebut. Tidak mungkin kawan-kawannya yang sememangnya suka berseloroh. Tapi tidak begini dan tidak berkenaan hubungannya dengan Natasha.

Diam.

Sunyi.

Ditatapnya bilah-bilah kipas yang berdaki ligat berputar memberikan udara yang nyaman buat penghuni bilik itu.

Bunyi jarum jam biliknya memenuhi segenap ruang bilik Hasbi.

Tik tok. Tik tok. Tik tok.

Bunyi tersebut seakan-akan mengejek Hasbi yang dalam kebingungan.

“Siapa kau? Apa kau nak?” terdetak soalan soalan tersebut yang tidak sempat diajukan kepada pemanggil misteri itu.

“I should have not answered that call. Kau dah biasa tak private number yang kau gatal nak jawab pasal pe Bi?” detus suara dari mindanya.

Teka teki yang tiada jawapan bukanlah satu kegemaran Hasbi.

Hasbi menggapai telefon bimbitnya dan ditatapi telefon tersebut.

“Should I call her about this? Should I meet her up? Shit I hate this”

Hasbi membuka applikasi galeri foto telefonnya dan memilih gambar terbaru bersama tunangannya, Natasha.

What sort of secrets are you keeping from me Sha? What sort of games are we playing?”

Hanya tinggal seminggu sahaja sebelum hari yang paling bermakna buat Hasbi dan Natasha dan ini tidak membantu langsung.

“You might think you know her but you actually don’t” suara it terus mengisi tengkorak kepala Hasbi.


Segalanya bermula empat tahun yang lalu.

Satu pertemuan yang tidak diduga yang akhirnya membuka satu lembaran baru buat dua jiwa di sebuah kota metropolitan.

Hasbi menerima jemputan ke sebuah majlis harijadi sahabatnya Linda di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Biasalah bila berkawan dengan socialites ni majlis-majlis sambutan mesti dibuat di tempat-tempat yang standard, tak mainlah sambut birthday di restoran-restoran picisan apatah lagi sekadar menyambutnya di rumah.

Hasbi sudah terbiasa dengan majlis-majlis seperti ini walaupun ia tidak sebati dengan jiwanya yang lebih gemarkan majlis yang lebih intim bersama rakan-rakan terdekat. Namun, bagi memenuhi permintaan seorang kawan, Hasbi hanya menurut. Mujurlah ada Rashid yang sememangnya suka majlis-majlis sebegini.

Senang nak score chicks katanya.

Jadi Hasbi dan Rashid pun tibalah di dewan utama hotel berkenaan. Bertemakan masquerade, setiap tetamu yang hadir menutup wajah mereka dengan topeng ala-ala zaman Victorian

Si lelaki segak bersut dan si gadis cukup anggun bergaun.

Rashid jadi tidak tentu hala melihat gadis-gadis bergaun yang memenuhi dewan itu.
Hasbi hanya buat selamba. Lapar sebenarnya kerana dia memilih untuk menjimat perut demi majlis ini.

You jangan makan tau before datang party I, banyak makanan I order. I know you love food and I want you to eat all the food yang ada kat party I tu,” Hasbi masih teringat pesanan Linda sewaktu menerima jemputan ke majlis tersebut. “Oh and please dress nicely, kuasa la aku tengok kau selebet selebet,” tambah Linda.

Sepanjang majlis tersebut, Hasbi hanya berdiri melihat keadaan sekeliling dan sekali-sekala akan berbual-bual dengan kenalan-kenalannya yang hadir di majlis itu. Rashid telah hilang entah ke mana. Kali terakhir kelihatan Rashid cuba mengorat seorang awek panasian namun selepas itu Rashid hilang dari pandangan.

Jam menunjukkan pukul 10:30 malam. Rashid hilang entah ke mana dan Hasbi sudah mula rimas dengan keadaan sekeliling.

“Lagi setengah jam kalau si setan ni tak muncul aku blah” bisik Hasbi kepada dirinya sendiri.

Hasbi menuju ke sebuah meja kosong di hujung dewan dan memilih untuk menetap disitu untuk setengah jam yang berikutnya.

Sebaik sahaja Hasbi melabuhkan punggungnya diatas kerusi empuk tersebut, dia disapa oleh satu suara yang tidak dikenali dari belakangnya.

I know you might bored or tired but please this seat is taken.”

Terkejut, Hasbi lantas bangun dan menoleh ke arah suara tersebut.

Oh sorry, I didn't notice
Its okay, this party is a drab. I don’t know why I agreed to come. Oh by the way, Natasha

Gadis tersebut menghulurkan tangannya untuk berjabat.


Hasbi menyambut sambil berkata, “Hasbi”.

Episode 2 coming out on Saturday (14/03/15) at 5:30 pm

----------------------------------------------------------------------------------

This is my first attempt in writing a Malay fiction stories. I don't know if this might go on or it might just end here.

Any comments good or bad are always welcomed.

A novice who just wants to try things out. 


Sunday, March 8, 2015

Storm's brewing

To have the ability to control the weather.

Just by a thought.

Or a flick of a hand.

It could be a blessing or a curse.

One will never be able to know.

Wednesday, January 7, 2015

A Brave New Year

*yawn* so another year is here.
So more resolutions to be made and left unachieved by February?

Often times we see people post;

"2015 please be good"

Or

"Oh plase let 2015 be better than 2014"

What nonsense is this?

Why would we want 2015 to be better towards us? A new year is just a transition between one period of time to another. Like 2 o'clock to 3 o'clock. Just that. It has neither emotion nor power to do anythinf to you.

Instead, we should be better than last year or the year before.

I just cant tolerate this idiotic gestures. No it is NOT cute at all.

Seriously, and as for your resolutions, look at it this way, do you have something that you have been wanting to achieve but up until now you have not achieved it?

Work towards it. Get it. Don't go around making journals after journals of resolutions that will end up being nothing but words.

If you have a physical related resolution, be realistic. If you know you are tenfold lazier than a Snorlax, choose an attainable goal.

Example.
Don't : I want to lose 150kg and become a supermodel.
Do: I will lose 5 to 10 kilos in the first 6 months and try to lose more in months to come.

That is more attainable no?

If your aim is far, at one point you will just give up. Choose a closer target and challenge yourself to reach that other check point.

If your resolution is more of behavioural, choose something solid rather than an abstract one.

Example:
Don't : I will sleep early everyday.
Do: I will sleep at least an hour earlier each month. For the next 4 months.

Something like that lah.

A lot of us are too excited to make new resolutions for the sake of bragging or for show.
If you don't think you can't commit, then don’t make any.

Just like me.

Anyways.

Happy new year and may we be better and happier people this year.