Secara jujurnya aku tidaklah bercakap pasal bulan mengambang ye rakan-rakan. Aku hanya bercakap tentang satu bulan yang penuh dengan pelbagai perkara suka, duka, membanggakan, menyedihkan dan macam-macamlah.
April 2009 adalah satu bulan yang tidak mungkin dapat aku lupakan.
Satu bulan yang terasa amatlah panjangnya meskipun ianya sama sahaja seperti bulan Jun, September dan November iaitu ada 30 hari sahaja. Ini adalah 30 hari yang teramat panjangnya.
2hb April - Aku di samun, hilanglah wallet dan telefon, berbekas lah muka aku.
3hb - 5hb April - Persembahan Jamilah yang di adakan di Taman Budaya KL (ye dalam ke adaan mukaku, aku tetap naik ke pentas)
11hb April - Program Speed Date untuk Cleo 50 Most Eligible Bachelor 2009
12hb - 13hb April - Kursus di Genting (pergi ke Genting tanpa wang huhuhu)
15hb April - Menembak untuk Ghost
19hb April - Ghost Episod 1 (aku ada sebagai Zafrul)
20 - 21hb April - Final Exam aku (3 kertas dalam masa 2 hari)
24hb April - (pagi) menghantar Thesis yg aku siapkan antara 20hb sampai 24hb)
(petang) Final Party untuk Cleo 50 Most Eligible Bachelor 2009 di Zouk (dan ya Henry menang)
27hb April - Masquerade Party (malam Pra-graduan kami) sangat meriah
28hb April - Makan-makan untuk U8B seminar
Bulan ini juga telah menandakan bahawa aku akan menamatkan sesi pengajian aku yang telah berlanjutan selama 5 tahun. Syukur alhamdulillah dapat juga aku tamatkan pengajian aku.
Dengan berlabuhnya tirai hidupku sebagai pelajar kini naiklah pula tirai hidupku yang baru menghadapi dunia yang sebenar yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
No comments:
Post a Comment