Monday, May 11, 2009

Manusia dan Kemalasan

Aku tinggal di sebuah apartment kos rendah (mungkin sederhana) yang agak terkemuka di kawasan antara Sunway, PJ dan KJ.

Ia terkemuka bukanlah kerana keadaannya yang berprestij tapi kerana ia menempatkan pelbagai masyarakat majmuk. Pendek kata macam 'mini world' la. Di sini telah ditempatkan pelbagai jenis orang termasuklah orang Indonesia, org Nigeria, orang Afrika, orang Nirobe, orang Swaziland orang Kemboja, orang Arab, orang Burma, orang Bangla dan sebahagiannya orang Malaysia.

Sungguh majmuk bukan?

Maka sepanjang penetapan aku dekat apartment ni (dekat nak setahun) aku cukup la tak gemar menunggu lifnya. Tedious kata orang berkulit cerah.

Mana taknya;
Bangunan ada 16 tingkat. Setiap satu tingkat ada berpintu-pintu. Jika dikali-kalikan satu blok tu ada berapa ramai org duduk? Lif ada tiga, tetapi yang berfungsi hanya dua (jika bernasib baik) kalau tak alamatnya satu je la lifnya.

time paling tak best kalau nak naik lif adalah dari jam 7 malam sampai 9 malam. at any cause avoid from taking the elevator. Orang berpusu-pusu macam rumah deorang akan hilang kalau deorang ampai rumah lambat. Dan yangplaing bestnya bila time itu hanya satu lift saja yang berfungsi... runsing.

Here's my point.

Orang yang duduk dekat tingkat satu dua dan tiga punya lah sanggup tunggu dekat nak sepuluh minit semata-mata untuk naik lif. oh cmon lah! Kalau yang naik tuh auntie auntie, makcik makcik atau aci aci mahupun ah so ah so, mungkin ia dapat dipertimbangkan lagi la kerana faktor usia. Tapi, kalau yang menunggu tu budak belasan tahun, mamat awal dua puluhan, gadis mantap yang muda rupawan. Apekah? Tinggi sangat ke?

Kadang-kadang kalau aku malas sangat nak tunggu lif, i would resort to take the staircase, sungguhpun penat memanjat (aku duduk di tingkat 8 ye harap maklum) namun aku puas sebab aku sampai juga tanpa perlu membuang masa yang lama dan dalam pada masa yang sama aku dapat membakar lemak-lemak dibadan

moralnya disini;
jangan la jadi malas sangat, kalau boleh di usahakan sendiri, usahalah jangan harap bantuan sangat.

kapish?

4 comments:

W. Suhailaliza W. M. H. said...

oh my!
apekah kalau stakat tingkat satu pun sanggup nak tunggu berejam rejam??

gapolah!
tp bagus la ko sanggup panjat tinggi2.
kalau aku pun sanggup. baru la dapat keep slim melim!haha!

faRha said...

tu namanya gedik
jeling je kat diorang tu lain kali

Anonymous said...

hahhaa. motipnye.. kenelah wajin mcm kamoo..
:)

shaems said...

aku pown arituh gune tangge jek..nk tercabot kepale lutut aku..rumah kakak aku tingkat 14..hahaha.