Sesudah tarawikh aku pun berjalanlah pulang kerumah...
solat tarawikh malam ini di temani dengan tiupan angin malam yang membuatkan solat malam ini lebih tenang rasanya. Syukur terdetik dalam hati, dapat jugak aku menunaikan solat sunat ini walaupun sudah memasuki hari yang ke 3.
dalam perjalanan ku pulang (jarak antara rumah sewaku dengan surau adalah dalam 5 minit) aku ditemani lagi dengan tiupan angin yang sungguh menyenangkan. Tergerak hatiku untuk mendongak ke langit.
Subhanallah...
Bintang bertaburan di angkasa... Memang satu pemandangan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup indah itu sahaja yang mampu diungkapkan...
Malam ini sungguh indah....
4 comments:
wahhh..indah sungguh malam di bulan ramadhan ni kan?
unfortunately, aku tak sempat lagi nk p tarawikh.. huhuhu~ :(
"Malam ini sungguh indah"
I think I've heard this in one of the PGLM's soundtrack (:
hurmmm..hari nie baru nak plan start solat tarawikh...harap2 dapat le...
hurmmm..hari nie baru nak plan start solat tarawikh...harap2 dapat le...
Post a Comment