haisy...
kelas tadi adalah kelas kaunseling keluarga. ya, aku seorang pelajar minor kaunseling. aku tak tau kenapa aku ambil minor ni tapi nak buat macam mana, benda dah jadi, aku pun dah nak habis belajar dah.
memandangkan lecturer aku suka memulakan kelasnya dengar kisah-kisah hidup beliau, maka kami pun terpaksa la buat-buat tertarik mendengar kisah beliau itu.
buat-buat
tapi hari ni beliau menggunakan medium akhbar untuk mengkaitan apa yang kitaorang belajar dengan realiti hidup masa kini.
realiti, perkataan yang sering dianggap serius. Sebab ia memang serius.
maka beliau pun dengan penuh usaha la membaca la akhbar yang dibawa itu. Akhbar itu akhbar berbahasa bapanda. dalam terbelit-belit lidah beliau tu, beliau pun berjaya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.
Kes 1 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun telah dirogol dan diliwat oleh sepasang remaja kembar berusia 17 tahun. Kanak-kanak perempuan tersebut dibela oleh ibu kepada si kembar ni. tatkala ibunya keluar (mungkin ke pasar atau ke kedai atau mungkin juga ke rumah sebelah bergosip - tak baik bersikap serkap jarang) maka, dua orang (mungkin patut di panggil haiwan) remaja ini pun mengambil kesempatan keatas anak kecil ini. Dilaporkan bahawa, anak kecil tersebut mengadu sakit di bahagian dubur dan kemaluannya. lantas, ibu tersebut pun melaporkan kepada pihak polis dan telah pun menangkap pasangan kembar tersebut bagi membantu siasatan.
kes 2 - Seorang remaja berusia 18 tahun telah ditahan polis kerana telah melakukan salah laku seks keatas seorang kanak-kanak lelaki yang terencat akal. Menurut laporan, kanak-kanak tersebut telah dipujuk oleh remaja ini untuk mengikutnya ke seuatu semak sewaktu dia sedang bermain di taman permainan. Di situ, remaja tersebut telah menyuruh kanak-kanak tersebut melakukan seks oral keatasnya dan juga remaja tersebut telah meliwat kanak-kanak itu.
menyedihkan
bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku? aku sendiri tak tahu? sebab terlalu terdedah dengan bahan bahan "biru"? atau, anak muda sekarang ni dah memang terlalu gatal? tak tahu lah...
aku pun bukan la baik sangat sebab tu aku tak tahu apa salahnya dan dimana salahnya. mungkin kita tidak patut menyalahkan sesiapa tetapi kita perlu berfikir macam mana perkara ini boleh berlaku dan penyelesaiannya. mungkin juga ia tidak berkesudahan?
maka aku pun mula lah menggaru-garu kepala lagi...
Aku ada lagi satu hari shoot jumaat ni. tak sangka dalam masa beberapa hari rezeki datang melimpah ruah. Benda tak la banyak tapi untuk orang yang baru nak mula, it's something. Mungkin tahun nie adalah tahun permulaan aku dalam dunia warna warni ini. Amiiiiiin.
itu hari, aku ada shoot dengan Popiah pictures untuk drama terbaru diaorang la. Alhamdulillah aku dapat peluang untuk berkerja dalam satu kelompok yang berlainan daripada yang selama ini aku berkerja.
Memandangkan ini adalah permulaan yang baru dengan team yang baru, maka aku pun mengambil kesempatan tersbut untuk mengaplikasikan apa yang Rosyam Nor turunkan kepada aku waktu aku shoot dengan dia itu hari.
harap-harap ini bukan kali terakhir aku dapat berkerja dengan team ini.
kali ini juga aku dapat berkenalan dengan beberapa manusia yang pada pandangan aku, golongan muda yang kreatif dan berbakat;
- isma - pada pengamatan aku gadis yang pandai membawa watak yang jauh dari realiti dirinya yang sebenar.
- bob - manusia yang lain dari apa yang kita lihat. aku kenal dia sebagai the evil one dalam Kami. tapi dalam realiti dia seorang yang baik la. dah dia juga seorang pelakon yang berbakat
- iedil - aku perhatikan dia sebagai seorang yang distance tapi friendly. datang dari dunia teater (sama seperti bob dan isma) dan juga seorang yang berbakat dalam pembawaan watak.
banyak lagi yang perlu aku pelajari (dari mereka dan dari semua orang).
langkah kakiku sering di halang,
oleh kekecewaan dan kehampaan,
kini, aku akan terus mengatur lankahku,
biar kakiku dipasung,
biar tanganku diikat,
biar mataku buta,
namun semangatku tidak mungkin terpadam.
itulah manusia dan kemanusiaan...
4 comments:
wah wah...busy mengeshoot ye kamu sekarang ni...bagus bagus...at least the first few steps to start a career dah dimulakan kan....bagus...good luck untuk anda... ;)
tq... mudah-mudahan lebih mudah la jalan untuk ke depan sekarang (for every1 for that matter)
im happy that u r finally reaching for what u hv been dreaming for....
good job Honey.....
may 2009 be the year u really beginning to be famous...
estodu
yes, good job honey :) I'm happy for you too...
but that's life. that's people. there are endless cases of people being raped nad sodomised... and not just people...but children too...sometimes even children still in diapers.
but we have to do what we can to protect who we can and who we know. because that's the least that we can do. at the same time, we also have to numb ourselves so we don't go through the heartache each time we read the paper.
unfibrin
Post a Comment