Monday, January 12, 2009

masa untuk berubah

disclaimer: the title has got nothing to do with any telco provider.

i realize something, i have been writing so many entry in English maybe i think it's time for me to write a few entries in Malay.
Tak ada salah bukan? Lagipun bukan ramai sangat pun orang yang nak bertandang dekat naskah ni.

tak pe
.

sambil menggaru-garu kepala.

"intrigued" itu perkataan pertama yang terpacul di kepala otak yang bersarang nie. salah aku ke sebab jarang guna bahasa Ibunda dalam bidang penulisan? Atau memang aku yang tak pernah berjumpa dengan perkataan yang seerti dengan perkatan tu.

garu-garu lagi...

mulalah aku membelek kamus.



"cintailah kamus anda"


intrigue
kk 1 berkomplot; bersetongkol; 2 menimbulkan perasaan gemar (tertarik, cenderung) kepada sesuatu

intrigue kn komplot; setongkolan; percintaan sulit

percintaan sulit?

hey! itu bukan apa yang aku carik.
maka mulalah aku menggaru-garu kepala lagi

aku pun buatlah kesimpulan sendiri, makna yang terdekat adalah terpesona (mungkin?), bahawa kadang-kala bahasa ni boleh menimbulkan keraguan dan perbalahan. Apa yang aku cakap sekarang mungkin bermakna pada aku dan pada panda kamu semua mungkin apa yang aku sampaikan ini hanya untuk menonjolkan diri aku sahaja.

terpulanglah.

berbalik kepada program aku. Usaha mencoret dalam bahasa Ibunda.

Secara jujurnya aku sangat terpesona (intrigued) dengan kemahiran mereka-mereka yang mampu mencoret (bukan mencarut) dengan penuh kemahiran sama ada dalam bahasa Ibunda mahupun bahasa Bapanda. Apa yang aku dapat teliti disini adalah mereka yang datangnya dari dunia penuh berseni. Sama ada kerjaya mereka adalah yang berkaitan dengan Dunia Pengiklanan (advertising), Dunia Lakonan, juga Dunia Seni (crafts). Mereka ini mampu menarik perhatian dalam cara penulisan mereka. Tabik spring aku kasi kat kau orang semua yang mampu menulis. Menulis dengan baik.

baik
ini ada banyak definisinya. Setiap orang ada pandangan mereka tentang apa itu baik. Pada hemat seorang polis, menangkap perompak itu satu perbuatan yang baik. Dan pada hemat seorang perompak pula, merompak itu, baik padanya. Baik atas landasan yang mereka lalui.

Samalah kesnya dengan Pihak Zionis, Hamas dan Kroni Amerika yang buat-buat tak tahu tentang perang hujung zaman ni.
Banyak cakap-cakap yang kita dapat dengar sekarang. Lebih kurang macam ni lah;

Orang A akan cakap; Boikot lah barang itu, barang ini, sebab barang-barang ni sebahagaian daripada keuntungan diaorang disalurkan ke rejim tentera Zionis.

Orang B pula akan cakap; Jangan boikot, ini boleh merosakkan ekonomi kita. Susah kita nanti.

Orang C cakap; Boikot la, kalau boikot nanti lumpuh la rejim zionis. (sambil minum Coke)

Aku pun tak tau. Aku terperasan lecturer aku cakap.

Kita harus boikot, dan inilah masanya untuk berubah, mula sokong barangan tempatan. Jangan minum Starbucks mula minum Teh Tarik. Dengan ini, kita membantu perniagaan perniagaan kecil yang baru nak berkembang. Ini juga boleh membantu ekonomi kita, kalau kita semua berpadu tenaga.

Nama kita nak pergi berjuang dekat sana, harapan la, berjuang untuk mempertahankan rumah pun belum tentu lagi, ini kan pula nak pergi berjuang mempertahankan rumah saudara kita?

sudahlah!

kalau kita tak mampu nak buat yang besar-besar tu, kita sama-sama buat yang kecil-kecil nie. Aku tau musti akan yang akan membentak dan berkata

"ala mamat ni, cakap je lebih ntah-ntah dia pun selambe je makan McD, minum Coke... poyo je"

Terpulanglah.

Aku cuba sedaya upaya untuk membantu sedaya, sekadar tak minum Coke, tak makan makanan laju (fast food) aku boleh survive lagi. Banyak kedai mamak yang boleh aku makan dan banyak kedai Tom Yam tepi jalan yang dapat mengenyangkan perut aku tanpa menyusutkan saiz wallet aku.

Sebab aku teringat mak aku cakap;

"setiap ringgit yang kita bayar untuk membeli barangan-barangan zionis nie, sama la macam kita melaburkan wang untuk sebutir peluru yang akan membunuh anak-anak yang tak berdosa di hamas tu."

Maka, memikirkan tentang peluru yang bakal menusuk paru-paru, jantung, dan organ lain anak-anak yang tak bersalah ni, aku berusaha untuk memboikot beberapa perkara yang tersenarai sebagai penyumbang kepada regim zionis ini.

kau orang pulak macam mana? sanggup jadi pelabur peluru yang membunuh anak-anak tak berdosa?

fikirkan lah.


Akal dan hati diberi pada manusia,
maka,
Gunalah sebaiknya,
jika tidak,
Samalah juga kau dengan haiwan itu.

renungkan sejenak.






6 comments:

Ms Martha Moore said...

betol laa tu ape yang digarap....

kadang2 kiter jer terleka dan terlupe bende - bende macam nie....

hehehe....

yang penting saya akan menyokong perjuangan anda!

fetrierp

LeSScAkAp said...

hehehe
thanks...

:)

W. Suhailaliza W. M. H. said...

wow!!! setuju! setuju! tapi kfc boleh makan. aku ada dapat tau yang antara product yang membantu orang jahat itu ialah revlon, loreal, nestle, mcd, coke, starbucks, maybelline, ape lagi ek??
lupa pulak..

btw, pandai pun menggarap kut melayu!! best! best! :))

LeSScAkAp said...

tq... bacalah yg lain hhehehehe

bb said...

yup i do agree wif u la...tp aku keje starbucks aritu cmne??

epifah said...

yes yes the power of the people! we can do it.i mean the boycott lah.