Friday, January 30, 2009

Manusia dan Kecintaan

CINTA

Aku ini bukanlah seorang yang mahir dan arif dalam bidang cinta ni. Tapi aku tahu la sedikit sebanyak tentang cinta tak banyak, sedikit sebanyak.

Pelbagai perihal boleh diceritakan bila saja cerita cinta ini dibuka. Cinta pada tuhan, Cinta pada alam semulajadi, Cinta pada manusia, Cinta pada kuasa, Cinta pada Wang dan juga Cinta pada diri sendiri (banyaklah lah lagi cintanya kalau dah bernama manusia itu)

Motif aku menulis tentang cinta ini adalah kerana aku telah pergi menonton sebuah pementasan rakanku dan rakan-rakannya baru baru ini di DBP.

Menarik.

4 naskah berbeza dipentaskan diatas satu pentas yang sama membawa satu tema yang sama.

Aku tidak lah pandai sangat meneliti tentang nilai-nilai sastera ke estatika tapi aku dapat rasa mesej-mesej yang cuba disampaikan oleh para sutradara.

Apa yang aku dapat pada malam itu adalah segala cinta yang kita rasa boleh jadi mudarat, pada diri sendiri serta pada orang lain.

"bapak aku pernah cakap, kalau sayang sesuatu yang terlampau," - adib dari "Teruk"

ingat, buat sesuatu biar berpada-pada...


No comments: