hari ini aku ada kelas lagi
haduh...
(aku mesti berhenti mengeluh setiap kali aku cakap aku ada kelas, sebab aku ada beberapa bulan saja lagi sebelum aku tamat pengajian)
pagi ini kelas aku bermula jam 8.30 pagi.
Haduh...
Disebabkan teratak aku letaknya jauh dari menara gading aku, maka aku harus bangkit lebih awal dari biasa agar aku sempat sampai ke kelas tanpa perlu tercungap-cungap mengejar masa.
Dalam aku cuba sedaya upaya untuk cepat, sesuatu perkara yang aku cukup menyampah telah terjadi.
perut meragam. perut meragam disiang hari.
Ia melanda ketika aku sudah siap siaga untuk ke kelas, disebabkan aku tidak mahu kelewatan, aku pun bertekad untuk menahan kesakitan itu sampai aku tiba di fakulti.
Malang tidak berbau...
Aku tidak dapat menahan, setibanya aku di stesen Shah Alam, aku dengan sedaya usaha aku memasuki tandas awam yang disediakan.
Ironinya....
Tandas penuh, biasanya aku tengok lengang je tandasnya. Bil akau nak guna, mesti ada orang.
Ini membuatkan aku menjadi runsing.
Runsing...
Selama 5 minit aku tunggu, kedua-dua ruang termenung itu masih berpenghuni. Ini membuatkan kepala aku jadi pusing, peluh mula memenuhi ruang dahi aku yang agak luas ini.
Lebih runsing. Kerunsingan telah membuatkan kesakitan aku itu pergi.
Maka, burn la 20 sen aku yang aku berikan kepada pak cik yang menjaga pintu tandas itu.
Letih...
Aku pun berjalan keluar dari stesen Komuter tersebut dan berjalan ke tempat menunggu bas. Tekad untuk menaiki bas dan bukan teksi walau apa terjadi sekali pun.
10 minit berlalu,
Bayang bas pun tiada.
Hasiy...
Ironinya, lalulah seorang rakan yang baru lepas manghantar seorang rakan ke stesen yang sama. Setelah diajak, aku pun dengan senang hatinya membonceng motosikal milik rakan aku ini. Disaat itu lah, bas yang aku tunggu, berbselisih dengan motor yang aku tunggang.
Maka tibalah aku di Fakulti aku, dan aku pun meluru ke tandas yang berdekatan. Maka lepas lah hajat aku.
Pagi ini aku ada kelas Professional Development. Tak tahu la dalam Bahasa Ibunda apa namanya.
Aku teringat lecturer aku cakap;
"menurut Ibnu Khaldun, setiap 120 ke 130 tahun, sesuatu tamadun akan runtuh. Ini kerana semakin tinggi ilmu sesuatu tamadun itu, semakin rendah nilai moral mereka. Maka, undang-undang dan peraturan itu dicipta untuk mengurangkan keruntuhan moral." Kata beliau. ( oh, ini lecturer yang lain, beliau juga suka bercerita tentang kisah hidup dan kisah nyata tentang hidup)
ironi, sepatutnya semakin tinggi ilmu, semakin tinggi nilai moral seusatu masyarakat itu, tetapi keadaan sudah menjadi terbalik.
Hairan...
aku tidak bijak dan tidak mampu meninterpritasi nilai-nilai kemanusiaan dan kemampuan akal mereka berfikir. aku juga tidak mampu membaca gerak dan lankah manusia.
Namun, aku tetap gemar melihat dan cuba mentafsir apa erti disebalik tingkah laku manusia-manusia ini.
moralnya;
hidup ini banyak unsur ironi yang kadang kala kita terlepas pandang.
berhati-hatilah dengan ironi....
4 comments:
thank u for giving me a very vivid picture of your tummy ache. i know the feeling and i can imagine your face when you started sweating. and to have paid 20 sen... haha! kesian...
anyway, reading and understanding people is something you have to learn from experiece. somehting you will definitely make mistakes from, but something that you'll go through... especially now that you're meeting a lot of different people.
dogatibr
Pembangunan Professional
ackspe
hadoih...
sgt teruja =)
Post a Comment