Hari ni aku ada kelas pukul 8:30 pagi
(aku dah kuatkan azam untuk tidak mengeluh jika aku memulakan entry dengan perkataan kelas...)
Kelas pagi ni di kenali sebagai the "Deep Class" atau kelas "Makan Dalam" bukan makan dalam sindir tapi makan dalam yang penuh dengan pengisian.
Pengisian.
basically, dalam kelas ni kami berdebat (tak sangat pun) mengenai isu isu semasa dalam dunia pendidikan. To some this whole idea of debating and what not is rather boring and pointless. Tapi pada aku, kelas ini sangat interesting sebab kita diberi peluang untuk bercakap pasal apa saja yang sewaktu dengannya. Lecturernya juga begitu passionate dalam menyebarkan ilmu dan pengetahuannya.
Lompat (sorry ye elly aku pinjam sistem lompat ni)
Recently dalam usaha aku mencuci sawang-sawang didalam otak aku nie, aku pun cuba untuk membaca sesuatu bahan telaah yang kononnya ilmiah la.
key word: kononnya
jadi dalam merealisasikan impian aku untuk memiliki sawang free otak, aku pun beli la buku hasil tulisan Farish A. Noor, tajuk dia; Di Balik Malaysia; Dari Majapahit ke Putrajaya.
Awalnya aku sangat enjoy baca buku ni, sebab ia berkisar tentang dunia PES (politik, ekonomi, sosial) Malaysia namun, ia digarap dengan baik dimana, penulis memautkan unsur sejarah dan hikayat-hikayat melayu seperti hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Indera Jaya, Hikayat Abdullah dan pelbagai hikayat lagi, (so far, hikayat malim deraman tak jumpa lagi la). Cuma, sampai ke beberapa bab, aku sering tertidur-tidur bila membaca buku ini.
Tertidur-tidur.
Jangan salah faham, aku tertidur bukan sebab bukunya bosan, tetapi mungkin aku terlalu ambitious dalam mencuci sawang-sawang di otak ku ini. Seleah beberapa hari aku membaca, aku telah membuat satu kesimpulan.
buku ini terlalu berat bagi otak aku.
tapi tak pe, aku akan pastikan aku akan habiskan buku ini juga, by hook or by crook.
Lompat balik ke topik asal.
So, dalam pendebatan itu, aku telah memetik kata-kata dari buku yang aku ceritakan tadi.
Nampaknya, tak sia-sia la aku beli dan baca buku tu (walaupun tertidur-tidur).
moralnya ilmu ni, datang dalam pelbagai cara, meskipun ia membuatkan kita tertidur, namun ia tetap memberi makna.
bak akata seorang ilmuan (lupa nama dia)
"ilmu adalah ketibaan makna"
tak de makna maknanya tak de ilmu.
ada paham?
7 comments:
I have Farish A. Noor, from Majaphait to Putrajaya tapi ianya sgt politikal!
ye saye setuju, tiada makna maknanya tiada ilmu tapi kan lebih jitu kalau tiada makna kalau tiada ilmu?
anyways...ko berjaya mencetus minda aku di petang hari yang panas ini.
TQ faliq!
p.s.: ohh maaf maksudku..I have read buku itu. tau lahh petang hari selepas penat mentelaah dan berniaga, mata aku terlepas pandang typo. :D
hehehe...
falliq -> best aper PES!
Adib -> tahniah atas usaha anda membantu Palestine! hehhee...
nicess
hehehehe now i'm enjoying botchan...
hehehe klaka la buku tuh...
i mean part yg i baca la
i noe sape yg quote tuh...
ibnu al radzi kot??
owh yeah smart...
hehehe
hehehehe..rase macam berada dalam dewan sidang sahaje...bijaaak bijaak! :)
Post a Comment